RESTORAN IKAN BAKAR SM 1 ETA IKAN BAKAR, KUALA PERLIS.
Restoren ini mula beroperasi jam 6.00 petang hingga jam 12.00 malam. Apabila tiba musim percutian tempat ini dipenuhi orang ramai, jesteru itu sila hubungi talian berikut untuk memudahkan tempahan. Tel 012-4673727
ha berikut antara hasil laut yang "fresh" didaratkan oleh nelayan tempatan. Harga makanan di sini pula boleh dikatakan yang paling berpatutan di Malaysia.
Ini pula menu yang telah siap dimasak, amacam lazat tak? anda pasti akan teringatkan keenakannya untuk datang semula ke restoren ini.
Peta untuk ke Medan Ikan Bakar Laman Brasmana Kuala Perlis
Pandangan sisi dari arah laut Medan Ikan Bakar Laman Brasmana
Bagi pengunjung Muslim anda tidak perlu gusar untuk bersolat kerana surau disediakan disini.
Kepada mereka yang nak terkucil jangan gusar kerana disini ada tandas yang bersih dikendalikan oleh Encik Sanusi, orangnya tembun bulat bulat. Awas anda perlu pakai kasut tandas untuk masuk, kalu dak kena samann......
GUA KELAM
Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis.
PADANG BESAR
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar.
TAMAN ULAR
Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesis ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesis-spesis lain seperti buaya, biawak kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.
TAMAN HERBA
Disini juga terdapat beribu jenis tanaman herba untuk dilihat dan dikaji oleh penggemar tumbuhan.
LADANG TEBU
Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.
Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.
EMPANGAN TIMAH TASOH
Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan. Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu
MEMPELAM HARUM MANIS
Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat. Ladang mempelam ini amat unik sekali kerana tidak terdapat di negeri – negeri lain . Selain itu rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanyaImage boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac – Jun.
HUTAN REKREASI BUKIT KUBU KUALA PERLIS
Hutan Rekreasi Bukit Kubu adalah tempat yang bagus untuk berehat dan bersantai. Taman rekreasi gua batu kapur semulajadi di bukit batu kapur Wang Pinang hutan.
Gua mempunyai pembentukan geologi yang menarik dan landskap semula jadi tetapi orang awam tidak dibenarkan untuk memasuki gua melainkan dengan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Perlis.
Terletak tidak jauh dari bukit batu kapur Kota Al Sultan Kayang. Ia adalah tanah perkuburan dua abad Sultan Kedah ke-16 di mana seseorang boleh melihat makam mudah yang ditandakan oleh batu-batu kubur dengan runtuhan kayu yang digunakan untuk menentukan tapak.
HUTAN REKREASI BUKIT AYER, BATU PAHAT
TASEK MELATI
MUZIUM ARKEOLOGI KOTA KAYANG, KUALA PERLIS
PASAR SEHARI WANG KELIAN
TAMAN NEGERI
Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.
Tarikan Unggul
Keindahan flora dan fauna
Trek Kambing Gurun
Air Terjun Lata Kasih
Penghijrahan pelbagai spesies burung
Pemandangan Panaroma tasik
Kemudahan
Jalan raya
Titian
Tandas
Wakaf
Tapak Perkhemahan
Kemudahan Berekreasi seperti kayak
TAMAN BUNGA KERTAS
Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi satu daya tarikan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.
BANDAR DIRAJA DAN ISTANA ARAU
Istana Arau tersergam indah ditengah-tengah Bandar Diraja Arau. Ianya dibina semasa pemerintahan Almarhum Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullail sekitar tahun 1905 hingga 1945. Semasa Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail memegang tampuk Pemerintahan negeri Perlis, Baginda pernah bersemayam di istana ini sehinggalah Almarhum Baginda mengambil keputusan berpindah dari Istana Arau ke Istana Kenangan Indah yang terletak di Repoh sekitar tahun 1970an.
Bangunan Istana ini mengandungi beberapa ruang khas dengan fungsi dan tujuan tertentu. Balairong Seri berfungsi sebagai tempat berlangsungnya Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis. Dewan Bankuasi/Santapan pula adalah ruang untuk diadakan Majlis Santapan Negeri. Selain daripada itu, Bilik Biru merupakan ruang khas untuk Majlis Mengadap bagi Ketua Jabatan dan juga Wakil-Wakil Rakyat dan Bilik Hijau dikhaskan untuk Majlis Mengadap bagi Duta-Duta dan kenamaan yang lain.
Istana yang tersergam indah ini adalah sebagai lambang kepada pemerintahan Be
thank you
ReplyDeletedi perlis ni adatempat kereta sewa ka
ReplyDeleteOn d way ke perlis . Sejam lg sampai.. selepas 20 tahun x kesana. X sabar rasanya..
ReplyDeleteSelalu balik kampung...nanti nak try medan ikan bakar tu la...harga ok ke? mesti best punya makan tepi laut..terbaik..
ReplyDeletetu jeke yg ada?
ReplyDeleteHELOO..NAK TANYA,LADANG ANGGUR KAT PERLIS TU CAMNA NAK CONTACT..ADA TAK NO NYA..CADANG NAK MELAWAT PERLIS HUJUNG MINGGU NI..
ReplyDelete