Wednesday 26 August 2015

Panduan ke Lokasi Pendaftaran Unimap Dan UUM 1 & 2 September 2015

Panduan kepada para pelajar yang akan mendaftar ke Unimap Dan UUM.   Untuk ke Unimap, anda tidak perlu Exit Alor Setar Utara atau pun Alor Setar Selatan, sebaliknya TERUS sahaja ikut papan tanda arah BUKIT KAYU HITAM/CHANGLUN.  Apabila jumpa tol terakhir di Jitra (Hutan Kampong RM1.60) anda akan terus sampai ke Changlun.  Daripada Changlun anda akan belok KIRI untuk ke arah hinghway KANGAR/KUALA PERLIS.  Unimap terletak sebelah KANAN anda dan Politeknik Perlis pula terletak sebelah kanan, jika anda daripada Hinghway Changlun.

Manakala bagi pelajar yang ingin ke UUM pula bermula daripada CHANGLUN, anda akan belok ke KANAN, ikut papan tanda UUM sintok.  Mudah kan.

Homestay kami pula terletak di tengah tengah bandar KANGAR, dan jarak homestay ke Unimap adalah antara 10-15 minit, manakala jarak ke UUM 15-20 minit.  Ianya tidak melibatkan banyak traffic light dan pelbagai kesesakan berbanding Jitra.


No comments:

Post a Comment